Vandalisme Bentuk Baru Dalam
Pendidikan….
Cerita tentang pelajar rosak harta-benda sekolah tak usah nak cerita lah… Sampai tak
tahu cikgu-cikgu nak cakap. Pelbagai formula dibuat tapi tak jadi juga. Akhirnya, bangkai
kerusi, meja bersepah di tempat pembuangan sampah. Kalau ikut prosedur, kena letak dalam setor
kerana itu harta kerajaan. Mana nak buat kalau sampai dua tiga kelas kena korbankan
untuk menyimpan harta-benda yang tak boleh dipakai atau masih boleh dipakai. Cikgu-cikgu
kena buat aktiviti pulak…mencantum-cantumkan bahagian kerusi dan meja yang dah
patah-patah tu..kalau-kalau boleh dipakai lagi. Seakan budaya ni… tak ada hujungnya.
Dalam menyentuh soal disiplin sekolah ni…kita pun dah dengar banyak cadangan yang
dibuat oleh pihak pak menteri. Termasuklah guru-guru disiplin diberi kuasa polis lah,
menempatkan anggota keselamatan di sekolah lah…nak bagi kuasa merotan kepada guru
lah..macam-macam lagi.
Tapi sejak kebelakangan ni….ada versi baru pulak dalam vandalisme bebudak di sekolah. Menconteng meja tu biasa lah…tapi depa buat lambang parti-parti alternatif.
Yang kerap jadi mangsa…PAS lah. Sebab senang nak buat! Bagi pihak UMNO/BN… inilah yang
dikatakan bukti guru-guru meracuni fikiran
pelajar dengan politik kepartian kepembangkangan!!. Bila sembang dengan cikgu-cikgu
sekolah … Dak aih….!! depa kata cikgu-cikgu yang belah BA ni tak bawa politik masuk
dalam sekolah. Sebab pengetua dah pesan siap-siap “Bab-bab politik cikgu..sangkut kat
pintu pagar sekolah. Lepas balik nanti ambil balik.” Persoalannya ,siapakah yang
‘mendalangi’ vandalisme bentuk baru ni?
Janganlah kita cepat melatah…lupa ke kita bebudak tu pun ada keluarga gak. Bapak
emak depa lah yang ‘racuni’ fikiran depa. Kalau dikirakan ‘vandalisme’ bentuk baru
ni…bukan salah laku musnah. Rasa-rasanya macam ‘demonstrasi’ secara aman. Sebab,
mereka bukan conteng pada meja, kerusi, almari, papan kenyataan dan mana-mana tempat yang
mudah dilihat umum. Malah depa lukis gak pada
beg sekolah depa!
Sindrom benci kerajaan BN ni…dah berakar di
akar umbi. Masa pemilu tahun lepas…kes bebudak ikut tampal poster tak larat nak cerita.
Memanglah salah…tapi depa curi-curi tampal. Nak buat macam mana kan?
Tapi yang sedihnya…kebanyakan bebudak sekolah yang buat begitu tu…. Tu lah juga
yang buat kes-kes disiplin. Adakah jiwa mereka memberontak kepada sistem atau peraturan
yang melingkari kehidupan mereka seharian. Jiwa mereka rasa kosong atau ada yang dah lama
mati. Terlalu banyak kezaliman, ketidakadilan dan penyelewengan. Kalau mereka belajar
rajin-rajin pun belum tentu dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS sebab bapak dan emak
depa bukannya ada duit sangat. Sungguhpun ada PTPTN dan badan-badan tertentu yang
menawarkan pinjaman pelajaran, pertama - belum tentu dapat, kedua- kalau dapat pun …itu
adalah hutang. Belum sempat dapat kerja…surat dah sampai. Dalam keadaan ini amat
untungnya kalau ada biasiswa atau derma siswa…macam dulu. Konsep kalau dapat result yang
baik ia akan jadi biasiswa. Dengan itu.. daya saing untuk belajar akan meningkat. Terutama
kepada bebudak kampung tu…. Dalam keadaan sekarang ni..susah nak dapat kerja… jangan
sakit jantung pulak…kalau ada bapak-bapak
yang tak bagi anaknya ambil wang pinjaman tu… “biarlah bapak bergolok-bergadai selagi
mampu…bapak akan tanggung.” Pasal.,.apa
kata lepas dapat pinjaman tak dapat-dapat kerja juga… nak dibawa ke mahkamah gayanya
kalau ikut bunyi kat surat tu…..
Sebenarnya vandalisme di sekolah tidak seteruk mana. Vandalisme di peringkat
tertinggi di Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Pusat lebih dahsyat! Ia sebenarnya
membunuh jiwa pelajar. Persaingan untuk maju dalam pelajaran kini hanya di kalangan mereka
yang punyai harta atau cagaran harta yang banyak. Bila pelajar Melayu lemah mereka tak
nampak lain, faktornya bebudak Melayu ni suka hiburan…kurang jati diri. Itu adalah
fitrah alam bebudak…suka akan keseronokan…banyak berfantasi. Cuma di kalangan orang
yang lebih dewasa, tua ni yang sepatutnya memberikan sebanyak mungkin pilihan-pilihan yang
menarik bagi mengelakkan mereka melencongkan diri mereka ke pusat-pusat hiburan. Persoalan
lain pulak…. siapa yang mengizinkan pusat-pusat hiburan itu tumbuh dengan aktifnya. Bila
keadaan menjadi wabak barulah langkah-langkah tidak memberi permit kepada permohonan baru
dan penamatan permit-permit tempat hiburan secara berperingkat dilakukan.
Bila berbincang dengan golongan pendidik, mereka melihat keadaan vandalisme di
peringkat tertinggi dalam bidang pendidikan telah menyebabkan pengorbanan beramai-ramai
bukan sahaja golongan pelajar malah guru-guru juga. Dalam soal pengambilan guru-guru ke
peringkat diploma sehingga ke program ijazah
tidak lagi mengambil kira pelunjuran yang ada. Pertambahan bilik darjah tidak selari
dengan bilangan kemasukan pelajar dan bilangan guru-guru yang akan keluar mengajar. Bukan
masalahnya kepada “Kita tak boleh sekat orang nak belajar..”. Masalahnya tambah
bilangan bilik-bilik darjah yang ada. Ia menyelesaikan banyak masalah.(Kalau tak percaya
cuba buat) Dalam tahun-tahun 80-an, kita tidak pernah dengar ada guru yang keluar dari
maktab atau universiti yang tak dapat posting. Kini?? Sampai sekarang ni..masih ramai guru
lepasan KDPM (Kursus Diploma Pendidikan Malaysia) keluaran pertama yang masih belum ada
tempat mengajar. Usahkan mereka yang belajar di universiti guna duit sendiri, malah mereka
yang ditaja oleh KPM sendiri pun belum tentu dapat tempat mengajar
Mangsa yang masih tercari-cari arah ialah pelajar-pelajar dan graduan lepasan PJJ.
Kedudukan yang masih terumbang-ambing sebenarnya membunuh masa depan golongan yang telah
banyak berkorban untuk ‘meningkatkan’ taraf hidup diri mereka itu. Sepatutnya golongan
ini patut diberi layanan yang ‘istimewa’ kerana mereka melakukan dua kerja dalam satu
masa. Mereka tetap mengajar di sekolah dengan tugas-tugas dari mengajar, perkeranian
sehinggalah tugas-tugas tukang kebun, dan dalam masa yang sama bergelumang dengan
‘assignment’, kuliah hujung minggu dan ada yang terpaksa berpisah dengan keluarga
untuk memburu misi yang penting ini. Apa kesudahannya….apa pengiktirafan pihak
kerajaan??? Tiada kenaikan secara automatik diibaratkan macam mencurah tuba !!!Bukan
pendemokrasian dalam pendidikan, sebenarnya pengkorporatan dalam pendidikan. Biarpun
pelbagai alasan yang boleh diada-adakan oleh pihak itu, pihak ini namun kalau nak seribu
daya!!!
Terlalu banyak politiking dalam dunia pendidikan menyebabkan alam pendidikan di
Malaysia diwarnai dengan terlalu banyak ‘eksperimen’. Bila menteri baru naik..perkara
baru ‘cuba’ dibuat. Tak sempat nak tengok hasil….. ubah lagi. Khabar angin yang agak
kuat bertiup….sukatan pelajaran Sejarah Sekolah Menengah akan ataupun telah diubah.
Beberapa topik yang berkaitan golongan radikal dalam sejarah kemerdekaan negara akan
dibuang. Kerana ia dikatakan menyumbang ke arah pembentukan pemikiran kepembangkangan di
sekolah. Katanya guru-guru pun begitu ghairah mengajar topik tersebut melebihi tajuk-tajuk
yang lain!!!!Mungkin yang akan diubah juga fakta yang mengatakan bahawa UMNO ditubuhkan
atas sebab bukan menentang penjajah tetapi sekadar tidak setuju terhadap Malayan Union.
Jadilah sejarah Malaysia macam sejarah Singapura. Ia dibuka pada tahun 1819 oleh Stamford
Raffles. Hubungan sejarah negara tersebut dengan kerajaan Johor-Riau-Lingga telah
dipadamkan !!!
Manifestasi kepada vandalisme pihak tertinggi ini telah menyebabkan dua impak yang
ketara. Pertama golongan pelajar membuat salah laku musnah di sekolah. Kerana sekolah
tidak lagi tempat yang menjanjikan masa depan yang cerah. Sekolah seperti penjara!!
Semakin lama sistem peperiksaan semakin susah. Contoh, dulu untuk dapat pangkat satu dalam
SPM, kira saja daripada mana-mana subjek yang paling tinggi. Jika tak lebih daripada 24 aggregate…pangkat satu lah tu! Lepas tu ubah pulak….enam subjek tetap dikira tapi tengok
juga dua subjek elektif .Kalau gagal…tujuh atau lapan subjek lain walau semuanya A1
masuk dalam bakul sampah. Kini, sijil terbuka pulak…pelajar boleh ambil sebanyak mungkin
subjek…atau kalau nak ambil semua pun boleh asalkan tidak bertembung dalam jadual exam
di samping ada sedikit kekecualian lain. Kesannya… mereka kata di sekolah ada ‘double
standard’. Bebudak yang pandai dapat perhatian…. yang lemah disisihkan. Ini adalah
tanggapan dari perspektif pelajar. Sebab, walaupun cikgu-cikgu kata awak boleh himpun sijil
lah…tahun depan ambil subjek lain lah… Hakikatnya untuk ke IPTA/IPTS tetap dikira dari
kalangan pelajar yang dapat melonggokkan sebanyak mungkin A.
‘Demonstrasi’ pelajar juga dapat dilihat dalam konteks Pembelajaran dan Pengajaran.
Sungguhpun bahasa baku secara rasmi telah dimansuhkan kecuali dalam pengajaran Bahasa
Melayu, namun dalam apa-apa juga pelajaran, pelajar tetap akan membaca buku dalam konteks
sebutan baku.
Kedua, di kalangan guru-guru pula, vandalisme pihak tertinggi menyebabkan guru-guru
berpihak kepada Barisan Alternatif. Hakikat yang tak boleh dinafikan. Sama ada mereka
menzahirkan diri mereka atau tidak buka soal utama. Ramai guru yang terlibat secara aktif
dalam pemilu yang lalu. Dari masa penamaan
calon sehingga lah ke kempen-kempen! Malah ada yang
sanggup meletak jawatan untuk bertanding. Ada juga guru-guru yang baru bersara turut sama
bertanding!!! Soal memegang jawatan dalam parti di peringkat cawangan biarpun menyalahi
peraturan sudah jadi perkara biasa. Ada yang telah mengadap pihak majikan termasuk Jabatan
Pendidikan Negeri…namun, tidak diendahkan. Biarpun jarang didapati golongan guru terlibat
dalam demonstrasi secara terbuka….namun percayalah di dalam alam mereka..mereka terus
berdemonstrasi dalam cara mereka. Sebab, dalam konteks sekolah menengah
umpamanya….paling mudah untuk berbincang, bermesyuarat tentang pergerakan kepartian
mereka kerana bilangan mereka ramai. Kalaupun mereka berbincang di luar sekolah tetapi
muqaddimahnya di sekolah.
Bagi mereka, mereka terima baik semua yang diberikan kepada mereka; pangkat, pergerakan
gaji melintang dan menegak dan bonus kerana mereka sebenarnya bukan bekerja dengan BN
tetapi bekerja dengan rakyat. Gaji yang dibayar bulan-bulan adalah harta rakyat Malaysia
yang sekadar diuruskan oleh pihak kerajaan.
Kesimpulannya, vandalisme bentuk baru yang bermula di peringkat tertinggi ini telah
mencetuskan gelombang rasa benci kepada BN secara besar-besaran !!. Mereka mahukan
nafas baru dan segar dalam dunia pendidikan yang kini kian busuk dan berulat.
Perubahan di peringkat kementerian bagai tikus baiki labu…kerana yang terhasil adalah
wajah-wajah opportunis yang menjadikan pendidikan sebagai wadah kapitalisme mereka. Tinggallah
guru-guru dan anak-anak didiknya bergelumang dengan segala wabak yang busuk lagi
membusukkan. Keluarkan mereka dari lembah hipokrasi….. bagi pendaulatan ilmu dan bangsa
di masa akan datang.
Al-Ma Maleem D’Tanjung
16 DISEMBER 2000
|